Web GIS RTMPAJ ini disediakan bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian maklumat guna tanah kawasan pentadbiran MPAJ dengan lebih cepat dan telus. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sentiasa berusaha dari masa kesemasa untuk melengkapkan maklumat yang terkandung di dalam Web GIS RTMPAJ ini. MPAJ tidak akan menanggung sebarang obligasi atau liabiliti dari segi ketepatan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalamnya.
Pengguna awam tidak harus bergantung sepenuhnya untuk membuat sebarang komitmen kewangan atau sebagainya menggunakan maklumat dari Web GIS RTMPAJ ini. Jika terdapat percanggahan di antara maklumat dalam Web GIS RTMPAJ ini dengan lain-lain rekod yang ada, MPAJ mempunyai hak mutlak untuk menentukan maklumat mana yang lebih tepat.
Tiada jaminan bahawa perkhidmatan Web GIS RTMPAJ ini sentiasa berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Laman Web GIS RTMPAJ mungkin akan mengalami kadar kelajuan yang perlahan bergantung kepada status 'servers' dan talian internet dari masa ke semasa. Oleh itu jangan bergantung sepenuhnya kepada Web GIS RTMPAJ ini pada waktu-waktu kritikal.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) atau lain-lain pihak tidak akan bertanggungjawab secara terus atau sebaliknya keatas kerugian masa dan kewangan akibat dari penggunaan maklumat dari Web GIS RTMPAJ ini.

Dengan mengakses ke laman Web GIS RTMPAJ ini anda telah bersetuju dan faham dengan terma dan syarat-syarat penggunaan Web GIS RTMPAJ yang telah ditetapkan. Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa pihak MPAJ tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada: Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan laman web GIS RTMPAJ ini; Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web GIS RTMPAJ ini; Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda; Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web GIS RTMPAJ ini; atau Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web GIS RTMPAJ ini.

Sila buat pilihan anda